Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin mengadakan sidang akhbar melapor satu kes di mana seorang warga Malaysia berniaga di England, dan seluruh ahli keluarga abang beliau dipenjara oleh kerajaan England atas kesalahan mengupah pekerja asing tanpa izin. Menurutnya firma peguam yang menguruskan pengupahan pekerja asing untuk beliau dan abangnya tidak dikena apa-apa tindakan undang-undang.
Dan pada sidang akhbar yang sama, Frankie Gan Joon Zin merayu kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek terus berjuang dan bertanding dalam Pilihanraya yang akan datang walaupun dilapor oleh Oriental Daily beliau berkemungkinan tidak akan bertanding.
No comments:
Post a Comment