Monday, 30 April 2012

Sidang Akhbar Merayu kepada Dr. Chua Terus Bertanding dan Kes Warga Malaysia Berniaga di England - 30/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin mengadakan sidang akhbar melapor satu kes di mana seorang warga Malaysia berniaga di England, dan seluruh ahli keluarga abang beliau dipenjara oleh kerajaan England atas kesalahan mengupah pekerja asing tanpa izin. Menurutnya firma peguam yang menguruskan pengupahan pekerja asing untuk beliau dan abangnya tidak dikena apa-apa tindakan undang-undang.
Dan pada sidang akhbar yang sama, Frankie Gan Joon Zin merayu kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek terus berjuang dan bertanding dalam Pilihanraya yang akan datang walaupun dilapor oleh Oriental Daily beliau berkemungkinan tidak akan bertanding.


Friday, 27 April 2012

5 Ahli Sekeluarga Kurang Siuman, Air Panas, Setapak - 27/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin menerang kepada wartawan-wartawan mengenai langkah-langkah akan diambil untuk membantu 5 ahli sekeluarga yang kurang siuman, antara langkah-langkah ialah memohon bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan menghantar ke taman bahagia.



Thursday, 26 April 2012

Sidang Akhbar Membantah Kekerasan terhadap Warga Emas di Jalan Alor - 26/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin mengadakan sidang akhbar yang membantah kekerasan terhadap warga emas, seorang penjaja makanan di Jalan Alor. Mangsa dalam keadaan koma beberapa hari selepas dibelasah oleh dua individul yang tidak dikenali dan Frankie Gan Joon Zin menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak insiden berulang.


















Wednesday, 25 April 2012

Serahan Baucer BR1M kepada Warga Emas di Pusat Jagaan Orang Tua - 24/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin menyerah baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penerima, seorang warga emas yang berusia 88 tahun dan tidak dapat bergerak di pusat jagaan orang tua Pertama, Taman Billion, Cheras. Turut hadir adalah Sathiah Sudakaran (Pengerusi PPP Bahagian Bukit Bintang).


Tuesday, 17 April 2012

Tinjauan ke Restoran Imbi Palace yang Diroboh - 17/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin sedang meninjau bahagian hadapan Restoran Imbi Palace yang diroboh oleh pihak yang tidak dikenali. Frankie Gan Joon Zin juga menyeru kepada semua pihak jangan main tuduh sebelum insiden ini disiasat dengan teliti.

Saturday, 14 April 2012

Kempen Penanaman Pokok, anjuran Majlis Belia Wanita Bukit Bintang, DBKL - 15/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin sedang menanam pokok untuk Kempen Penanaman Pokok anjuran Majlis Belia Wanita Bukit Bintang dan DBKL. Kesedaran pelindungan alam sekitar perlu diperhebatkan demi masa depan rakyat jelata.

















天上圣母诞辰45周年于中段宫-14/4/12

国阵武吉敏登区秘书(兼马华联邦直辖区一个大马工作队)-颜骏任出席中段宫(Jalan Kolam Air, Off Jalan Ipoh)所举办的天上圣母诞辰45周年纪念晚宴。


















Tuesday, 10 April 2012

闪电水灾困扰Jalan Walter Grenier居民 – 10/4/12

根据当地居民投诉,Jalan Walter Grenier 一带一旦倾盆大雨,水位会上至0.3米,垃圾被冲入屋内,苦不堪言。

国阵武吉敏登区秘书-颜骏任指出当局正在寻找方案来解决在Walter Grenier发生的闪电水灾。吉隆坡市政局(DBKL)本月六日举行了一项会议以探讨与研究措施,当局建议本月22日举办大扫除,颜骏任呼吁当大约500地居民踊跃参与。

颜骏任也鼓励当地小贩采用油隔以免油渣物质流入沟渠导致诸塞,那可大大提升发生闪电水灾的可能性。


Mesyuarat Penubuhan Komuniti 1Malaysia di Cawangan-cawangan Bukit Bintang - 10/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin sedang berbincang perkara-perkara mengenai penubuhan Komuniti 1Malaysia di cawangan-cawangan di bawah Parlimen Bukit Bintang, mesyuarat bertempat di Jabatan Penerangan Malaysia.

Monday, 9 April 2012

Sidang Akhbar Pembinaan Semula Kuil Hindu berusia lebih 100 Tahun - 9/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin, Setiausaha MIC Bahagian Bukit Bintang - VM. Gunasekaran dan lain-lain sedang menjawab pertanyaan diberi oleh wartawan di sidang akhbar berlangsung di Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman, No. 1 JalanTengah Off Jalan P.Ramlee. Kumpulan Hap Seng akan menolong dalam pembinaan semula kuil tersebut dalam bentuk kewangan.

Sunday, 8 April 2012

Perbincangan Mengekal Kuil Berusia Lebih 100 Tahun - 8/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin, Timbalan Menteri Luar - YB Senator Kohilan Pillay dan lain-lain sedang mencari penyelesaian untuk mengekal dan mengubahsuai Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman (berusia lebih dari 100 tahun) yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Saturday, 7 April 2012

Mesyuarat Majlis Belia Kebangsaan (Bukit Bintang) - 7/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin sedang menghadiri Mesyuarat Majlis Belia Malaysia Kawasan Bukit Bintang Tahun 2012 di Kompleks Belia, Kampung Pandan. Wakil dari PDRM, DBKL, AADK, Jabatan Pelajaran Pudu dan Bangsar turut hadir untuk berbincang isu-isu berkenaan belia khusus di Bukit Bintang.

Friday, 6 April 2012

Mesyuarat Menyelesai Longkang Sumbat di Jln Walter Grenier, Imbi - 6/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin sedang menghadiri mesyuarat berbincang isu longkang sumbat yang menyebabkan banjir kilat di sekitar Jalan Walter Grenier, Imbi. Mesyuarat bertempat di Pejabat Cawangan Bukit Bintang, Menara DBKL 2. Tujuan mesyuarat adalah untuk mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

Tuesday, 3 April 2012

Upacara Pecah Tanah SRJK (C) Wangsa Maju - 3/4/12

Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang (merangkap Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA WP) - Frankie Gan Joon Zin sedang menghadiri upacara peach tanah SRJK (C) Wangsa Maju. Usaha gigih dari MCA dan Barisan Nasional telah menjayakan projek penambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di negara kita.